Breaking Posts

6/trending/recent
Type Here to Get Search Results !

Baca al Quran dengan tartil adalah wajib kerana ada dalil Qatie

[18/09, 3:23 p.m.] Puan Pembantu: Assalamualaikum. Salam Maghrib teman-teman.

Ustaz, izinkan saya bertanya. Ada certain ustaz yang berpesan begini:
"Ada orang sibuk membetulkan tajwid, makhraj, sebutan huruf hingga lupa untuk memahami mesej yang mahu disampaikan dalam surah yang dibaca. Umpama membaca surat tetapi tidak tahu apa yang ditulis oleh penulis."

Ada sebahagian daripada kita telah berpegang dengan ayat diatas untuk tidak mengambil berat tentang hukum bacaan yang betul.

Soalan:
Apakah pegangan/kefahaman yang patut umat Islam amalkan dalam hal sedemikian?
[18/09, 3:23 p.m.] Puan Pembantu: Bagus soalan yg ditanyakan,inilah fahaman yg perlu kita elakkan dari agar tidak tertipu dan terpedaya..ini adalah disebabkan kerana membaca al-Quran dgn tartil (tajwid) itu mempunyai  dalil yg Qat'ie..yg tiada bersalahan ulama pada kewajipannya. Bagi kita org ajam ini adalah jatuh hukum wajib mempelajarinya krn tanpa belajar kita tidak akan mampu membaca al-Quran dgn baik dan fasih. Sesungguhnya membaca al-Quran dgn bertajwid itu adalah salah satu jalan beramal dgn al-Quran. Dan juga jalan  membantu utk memahami makna dan tadabbur al-Quran...bacaan yg tidak bertajwid akan merosakkan struktur lafaz dan makna...walau ia sendiri mendakwa ia faham makna ayat tersebut..tetapi apa yg kita lafaz itulah yg sebenarnya memberi makna walau kita tidak faham makna..memahami makna al-Quran mmg sesuatu tuntutan namun sesekali ia tidak menolak tuntutan kewajipan yg lain iaitu mempelajari ilmu tajwid...
[18/09, 3:23 p.m.] Puan Pembantu: justeru..kita sebagai umat islam yg 'ajam ini wajib mempelajari ilmu tajwid dan masa yg sama kita berusaha mendalami ilmu tafsiran al-Quran...
[18/09, 3:23 p.m.] Puan Pembantu: kita sebagai mubtadi (org yg baru belajar al-Quran) berhak utk memilih mana yg terpenting... *nak pilih faham makna tapi merosakkan makna dan lafaz Quran* atau *nak pilih menjaga makna dan lafaz tapi tak faham makna Quran*...
[18/09, 3:23 p.m.] Puan Pembantu: dan berkata *imam ibnu jauzi*...Salah satu gangguan syaithan adalah menghalang manusia dari membaca al-Quran dgn sebutan yg betul dan mendatangkan keraguan dalam bacaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.