Breaking Posts

6/trending/recent
Type Here to Get Search Results !

Fiwh imam dan makmum

Saya kongsikan sedikit ilmu pengetahuan tentang peri pentingnya kefahaman fiqh imam dan makmum. Moga bermanfaat utk para jemaah, AJK Masjid Surau termasuklah bakal bakal imam kelak.

Selebihnya silalah berguru dengan guru2 yang mengajar fiqh ibadah di Masjid dan Surau berhampiran tuan tuan.

Soalan fiqh imam makmum.

1) Imam tersalah niat semasa takbiratul ihramnya, apakah yg patut dilakukannya utk membetulkan niat tersebut?

Jwpn : Wajib baginya bertakbir semula tanpa mengangkat tangan dengan kadar didengari telinganya shj.

2) Imam tersedar selepas selesai solat fardhunya bahawa solatnya tadi tiada wudhu. Adakah sah solat makmumnya? 
Bagaimana pula jika solat tersebut adalah solat Jumaat?

Jwpn : Solat makmum adalah sah bg solat fardhu. Jika Solat Jumaat maka wajib diulangi semula dengan imam yg telah berwudhu.

3) Solat imam telah batal kerana kain pada bahagian auratnya telah terkoyak. Apakah yg perlu dilakukan oleh makmum dibelakangnya bagi mengendalikan masalah tersebut?

Jwpn : Makmum yg berhampiran imam hendaklah mengambil posisi sebelah imam sebagai isyarat menggantikannya.

4) Imam tertinggal duduk antara dua sujud dan tertinggal juga sujud ke 2 pada rakaat terakhirnya lantas terus duduk tahiyyat akhir. Apakah tindakan yg sepatutnya ia lakukan apabila menyedarinya sebelum memberi salam?

Jwpn : Ia hendaklah kembali pada kedudukan sujud dan duduk semula sbg duduk antara dua sujud dan kemudian sujud yg ke 2, kemudian duduk semula utk tahiyyat akhir serta mengulangi bacaan tahiyyatnya serta memberi salam. Sunat baginya lakukan juga sujud sahwi.

5) Berapakah jarak tempat berdiri Imam dengan jarak tempat berdiri makmum saf pertama bagi mengesahkan terhasilnya fadhilat solat berjemaah?

Jwpn : 3 hasta pada uruf.

6) Imam tertinggal satu ayat daripada Surah Fatihah, apakah yg perlu dibuat oleh makmum berhampirannya? Jika dibiarkan apakah sah solat tersebut?

Jwpn : Makmum boleh mengingatkan imam dgn menyebut ayat yg tertinggal itu dgn qasad zikir.

7) Imam terlupa membaca doa qunut pada solat subuh dan tidak melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. Adakah sah solatnya?

Jwpn : Solatnya sah.

8) Adakah putus saf apabila dalam saf dewasa lelaki, adanya anak perempuan di dalam saf berkenaan?

Jwpn : Ya telah putus saf namun solat masih sah.

9) Ali bertakbiratul ihram pada solat Jumaat semasa imam sedang tahiyyat akhir. Setelah imam memberi salam Ali bangun untuk menyempurnakan solatnya. Berapa rakaatkah yang perlu ia laksanakan?

Jwpn : Syarat terhasil solat Jumaat ialah sekurang2nya makmum mendapat 1 rakaat bersama imam. Oleh kerana beliau tidak mendapatnya maka wajib baginya menyempurnakan 4 rakaat iaitu niat melaksanakan fardhu zohor.

10)  Ali berniat solat zohor secara qasar dan berimamkan imam yg solat fardhu Jumaat. Adakah sah solat Ali? 

Jwpn : Solat Ali tidak sah walaupun bilangan rakaat makmum dan imam kelihatan sama tetapi fardhu Jumaat adalah dikira sbg solat tamam. Solat Ali sah jika dia melaksanakan solat jemaah itu dgn niat zohor 4 rakaat.

11) Abu mendirikan solat berjemaah. Beliau bertakbiratul ihram serentak dengan takbir Imam. Apakah status solat Abu?

Jwpn : Solatnya batal. Makmum hanya boleh bertakbiratul ihram setelah imam sempurna takbiratul ihramnya.

12) Daud mendirikan solat berjemaah bersama imam, beliau mengikuti pergerakan rukun fi'li iaitu rukuk, iktidal, sujud dan lainnya serentak dengan imam. Apakah solatnya masih sah? Bagaimana pula fadhilat berjemaahnya?

Jwpn : Solatnya tetap sah tetapi fadhilat berjemaahnya luput.

13) Mamat masuk ke dalam masjid saat azan kumandang dan beliau tidak sempat solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyyatul masjid. Apakah yg ia boleh lakukan utk mendapat fadhilat tersebut?

Jwpn : Harus baginya untuk Solat 2 rakat dengan 3 niat serentak iaitu sunat wudhu, tahiyyatul masjid dan sunat qabliah.

14) Ali tidak sempat solat sunat fajar kerana muazzin telah melaungkan iqomah solat fardhu subuh. Apakah yg boleh ia lakukan agar tidak terlepas fadhilat solat sunat fajar tersebut?

Jwpn : Harus dan sah baginya selepas laksanakan fardhu subuh kemudian ia laksanakan solat sunat fajar tanpa perlu niat qadha kerana masih belum tamat waktu subuh.

15) Adakah sah solat makmum yang berimamkan seorang yg bertayamum?

Jwpn : Sah solat makmum tersebut.

16) Adakah sah seorang lelaki berimamkan seorang yg khunsa?

Jwpn : Tidak sah.

17) Adakah sah berimamkan seorang yang buta?

Jwpn : Sah.

18) Seorang yang solat secara qasar, adakah boleh mengikut imam yg solat secara tamam?

Jwpn : Tidak sah seorang yg solat qasar mengikut imam yg solat tamam.

19) Adakah solat asar boleh dijamakkan dengan fardhu Jumaat?

Jwpn : Harus dan sah.

20) Imam solat secara duduk, adakah sah orang yg normal menjadi makmum dalam keadaan solat makmum berdiri?

Jwpn : Sah bahkan wajib bagi makmum yg mampu solat normal berkeadaan berdiri.

21) Di dalam solat adanya sunnah melakukan saktah iaitu berhenti sebentar di 5 tempat selepas bacaan. Apakah 5 tempat itu?

Jwpn : Slps takbiratul ihram, selepas doa iftitah, selepas fatihah sebelum menyebut amiin, selepas selesai fatihah dan saktah utk.memberi ruang makmum menyelesaikan fatihahnya dan sesudah membaca surah.

22) Ali bertakbiratul ihram pada solat subuh tetapi waktu tersebut imam telah hampir selesai bacaan surah dan akan rukuk. Ali baru sempat membaca 3 ayat dari Fatihahnya. Apakah yg Ali perlu lakukan apabila imam rukuk sedangkan bacaan Fatihah nya belum selesai?

Jwpn : Ali wajib terus rukuk bg mendapatkan rakaat tersebut dan baki fatihahnya telah ditanggung oleh imam.

23) Mamat mendirikan solat sendirian dan bertakbiratul ihram di dalam hati. Semua bacaan2 rukunnya dibaca di dalam hati dengan khusyuk. Adakah sah solat Mamat?

Jwpn : Solatnya tidak sah kerana setiap rukun qauli wajib dibaca kadar didengari telinga sendiri.

24) Seorang lelaki tidak menyangka bahawa imamnya terlalu cepat bacaannya dari permulaan solat bersamanya dan imam pula rukuk semasa bacaan Fatihah lelaki tersebut belum selesai. Apakah yg perlu ia lakukan semasa itu?

Jwpn : ia diberi keringanan utk terus selesaikan fatihahnya dan terlewat dgn tidak melepasi 3 rukun yg panjang iaitu rukuk dan 2 sujud.

25) Seorang makmum telah selesai membaca Fatihahnya serentak dengan Fatihah imam. Kemudian di dapati imam memberi ruang utk makmum membacanya. Apakah hukum membaca semula Fatihah tersebut?

Jwpn : hukumnya sunat diulangi fatihahnya.

26) Adakah sah seseorang yg solat fardhu berimamkan seorang yang solat sunat atau solat qadha?

Jwpn : Sah.

27) Imam membaca surah Al Alaq pada solat subuh Jumaat bagi menggantikan Surah Sajdah. Kemudian ia sujud tilawah. Apakah status solatnya?

Jwpn : Solatnya batal

28) Seorang imam sedang rukuk. Seorang lelaki baru masuk dan bertakbiratul ihram. Apakah yg ia perlu lakukan utk mendapatkan rakaat bersama imam?

Jwpn : Ia terus rukuk dan mendapat tomaninah bersama imam bg memperoleh rakaat tersebut.

29) Adakah boleh bagi makmum membaca doa qunut sedangkan imam tidak melakukannya?

Jwpn : Boleh dengan hukumnya harus. Boleh dibaca qunut yg pendek.

30) Imam bertakbir perpindahan rukun dari qiyam kepada rukuk dengan takbir yang panjang. Manakala saat bangun dari sujud untuk qiyam ia bertakbir secara pendek. Apakah hukumnya? 

Jwpn : Makruh kerana boleh membawa kekeliruan kepada makmum yg tidak nampak pergerakan imam. 

Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.