Ada 1 orang masuk solat dalam rakaat ke 4.
Semasa beliau mengangkat takbiratul ihram, Imam telah pun bangkit dari rukuknya,
dan orang yang baru masuk solat tadi baru turun rukuk.
Berselisih tidak sempat bersama imam dalam keadaan rukuk dalam qadar tomakninah.
Saya tunggu beliau habis solat dan bertanya, tadi awak tambah berapa rakaat. Dia kata 3.
Saya bagitau : Masa awak masuk tadi imam dah naik dari rukuk.
Tapi saya sempat takbir masa imam rukuk jawab beliau.
Saya jelaskan : untuk dapat rakaat bersama imam, awak kena sempat bersama-sama imam dalam keadaan rukuk.
Tadi imam dah iktidal baru awak rukuk.
Kalau macam tu awak tak dapat rakaat pertama. Awak kurang 1 rakaat. Solat batal.
Minta maaf ye saya bagitau ni.
Saya kesian melihat beliau jika saya tak tegur, sebab bukan senang seorang nak datang ke masjid dan solat berjemaah. Sayang kalau solatnya batal tanpa dia sedar dan tak ada yang beritahu.
Harap-harap beliau solat la semula.